Saturday, 17 October 2015

Sikap yang proaktif sangat penting kepada seseorang usahawan. Usahawan yang proaktif akan membuat keputusan secara bijak dan pandai mengambil peluang untuk mengembangkan perniagaan mereka. Mereka tidak akan duduk di pejabat untuk menunggu peluang. Sebaliknya, mereka akan mengambil tindakan lebih awal berdasarkan jangkaan yang akan berlaku sehingga mencapai matlamat mereka. Mereka akan bertindak dengan sendiri tanpa disuruh atau dipaksa. Usahawan yang proaktif akan lebih kreatif. Mereka dapat menghasilkan barang dan perkhidmatan yang berkualiti dan dapat menarik minat para pelanggan.

        William Henry Gates III atau dikenali sebagai Bill Gates merupakan salah seorang usahawan yang proaktif. Bill Gates dilahirkan di Seattle, Washington. Beliau merupakan pengasas Microsoft Corporation. Bill Gates merupakan usahawan yang sangat berjaya. Beliau merupakan orang yang terkaya di dunia. Sikap Bill Gates yang proaktif membolehkan beliau mengambil tindakan awal dengan menubuhkan Microsoft Corporation yang mengeluarkan perisian untuk peralatan komputer seperti perisian Microsoft Windows dan Microsoft Office yang sangat diperlukan oleh orang ramai.

        Bill Gates mengetahui pasaran dunia semasa yang semakin bergantung kepada penggunaan teknologi komputer dan internet untuk menjalankan perniagaan dan tugas seharian. Beliau mengambil peluang ini untuk bertindak awal dengan menubuhkan Microsoft Corporation yang menjalankan perniagaan Perisian alatan komputer. Sikap proaktif yang dimiliki oleh Bill Gates telah berjaya memonopoli pasaran dunia dalam bidang perisian alatan komputer. Kini, setiap pengguna komputer akan menggunakan produk yang dikeluarkan oleh Microsoft Corporation untuk menjalankan tugas seharian. Beliau juga selalu aktif dalam memperbaiki produk yang dikeluarkan dari semasa ke semasa untuk memenuhi permintaan pelanggan. Sebagai contoh, beliau selalu mengeluarkan perisian yang terkini seperti Microsoft Windows 10 dan Microsoft Office 2016.

        Rahsia kejayaan Bill Gates adalah beliau pandai mencari peluang untuk mengembangkan perniagaannya. Beliau bijak menilai dan membuat jangkaan tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan supaya dapat mengambil peluang untuk bertindak lebih awal daripada orang lain.
Usahawan yang berjaya akan mempunyai ciri team oriented. Usahawan yang dapat bekerja dalam kumpulan akan membolehkan beliau menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi dengan cepat. Pandangan yang diberi oleh ahli kumpulan dapat mencetus idea yang baru yang dapat bersaing dengan usahawan yang lain. Bekerja dalam kumpulan juga dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi dan dapat menceriakan suasana tempat kerja. Seseorang yang tidak bekerja dalam kumpulan akan menghadapi kesusahan untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi. Sebaliknya, seseorang yang bekerja dalam kumpulan akan selalu mencetus idea yang luas biasa yang dapat mengembangkan perniagaan mereka kerana mereka dapat menggabungkan pengetahuan dan kemahiran masing-masing untuk menyiapkan projek yang dijalankan secara bersama-sama.
            Steve Jobs merupakan salah satu usahawan yang mempunyai ciri team oriented. Steve Jobs dilahirkan di San Fransisco. Steve Jobs merupakan salah seorang usahawan yang terkenal di dunia. Beliau merupakan pengasas syarikat Apple. Apple merupakan salah sebuah perusahaan komputer dan telefon pintar yang terkenal di dunia. Beliau mempunyai pasukan kerja yang istimewa. Steve Jobs selalu mementingkan bekerja dalam kumpulan. Beliau akan bekerjasama dengan pekerja-pekerjanya untuk menghasilkan produk yang berkualiti. Dengan mempunyai kerjasama dan komunikasi yang baik antara Steve Jobs dan pekerja-pekerjanya, maka dapat menghasilkan produk yang canggih dan bermutu tinggi seperti MacBook dan Iphone.    

            Steve Jobs dan pasukannya bukan sahaja dapat bekerjasama menghasilkan produk yang benar-benar sempurna, malah mereka juga dapat menyimpan rahsia syarikat. Sebagai contoh, maklumat tentang produk yang terbaru yang akan dikeluarkan oleh Apple tidak pernah dibocor oleh pasukan Steve Jobs. Kita hanya dapat mengetahui maklumat tentang produk tersebut melalui sidang media yang diadakan oleh pihak Apple. Kerjasama yang baik antara Steve Jobs dan pasukannya berjaya menghalang pihak pesaing meniru produk mereka. Hal ini membolehkan syarikat Apple terus berkembang di pasaran dunia dengan mengeluarkan produk yang tercanggih sehingga mempunyai bilangan peminat Iphone yang luas di seluruh dunia.
Outcome oriented merupakan salah satu ciri yang penting bagi seseorang usahawan. Bagi menjayakan sesuatu tugasan ataupun kerjaya, matlamat dan wawasan yang jelas hendaklah ditetapkan. Usahawan akan berusaha dengan sedaya upaya untuk mencapai matlamat dan wawasan perniagaan tersebut bagi mencapai kejayaan. Matlamat dan wawasan yang ditentukan memperlihatkan bahawa seseorang usahawan itu mempunyai impian dan cita-cita tinggi yang ingin dicapai pada masa hadapan. Penelitian dan kajian yang rapi diperlukan dalam menentukan matlamat dan wawasan sesebuah perniagaan, sejajar dengan kemampuan yang dimiliki.
            
        Sir Richard Charles Nicholas Branson merupakan seorang usahawan yang outcome oriented. Sir Richard Charles Nicholas Branson, atau dikenali Richard Branson merupakan seorang peniaga Inggeris, yang dikenali ramai kerana telah mendirikan 360 perusahaan di bawah Virgin Group. Pada umur 16 tahun, Branson telah mendirikan perniagaannya yang pertama, iaitu mempublikasikan sebuah majalah yang bernama Student. Kemudiannya, beliau mendirikan sebuah perusahaan audio record mail-order pada tahun 1970. Branson merupakan seseorang yang lemah dalam akademiknya, namun atas usahanya yang tekal dan tidak berputus asa, beliau mengambil keputusan untuk memulakan empayarnya dari sebuah perniagaan yang kecil.

          
          Usahanya telah membolehkan beliau mendirikan Virgin Group pada tahun 1980-an. Bidang perniagaan yang diceburi oleh Virgin Group meliputi bidang multimedia, bidang perkhidmatan, bidang penerbangan dan lain-lain lagi. Kini, beliau terletak di tempat ke-330 dalam senarai jutawan yang terkaya dalam seluruh dunia pada tahun 2015.
Open culture adalah seseorang yang sanggup untuk mempelajari sesuatu yang baru dan tidak mudah untuk berputus asa. Seseorang yang mempunyai sikap ini dikatakan mempunyai kebolehan untuk membuat ramalan jangka panjang dan sanggup menerima sebarang perubahan yang bakal wujud dalam organisasi dan perniagaannya. Justeru, seseorang usahawan yang berjaya hendaklah bersikap terbuka dan mampu menerima pujaan mahupun kritikan daripada pihak ramai.

Datuk Mokhzani Mahathir, naib Pengerusi Eksekutif di Sapura Kencana, merupakan seorang usahawan yang berjaya yang menjalankan perniagaan dalam bidang industri gas dan petroleum. Bagi memastikan perniagaannya terus berjaya dan maju, beliau telah mengamalkan sikap secara terbuka. Pelbagai jenis latihan yang disediakan kepada pekerja yang baru dan lama dengan kerjasama daripada Institut Kemahiran Belia Negara dan Institut Kemahiran Mara, dengan tujuan untuk memasttikan kursus yang diberikan adalah sejajar dengan keperluan industri.

Selain itu, beliau juga akan menghantar pekerja ke luar negara untuk mengikuti projek di luar negara untuk memastikan kepakaran yang sedia ada ditambah baik dan dikekalkan. Pekerja-pekerja yang terlibat ini akan belajar dan memahami budaya kerja di sana dan membawa pulang segala yang telah dipelajari oleh mereka.


Melalui kepakaran baru dan pengalaman yang didapati, mereka akan cuba untuk mengaplikasikan di dalam negara untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti produktiviti. Pemindahan teknologi yang berlaku membolehkan beliau berupaya untuk mengurangkan kos pengeluaran di samping meningkatkan produktiviti.
Usahawan yang berjaya juga harus memahami konsep failure is an option. Gagal sering diertikan sebagai sebuah kemenangan yang tertunda atau keinginan kita yang belum dicapai. Kegagalan tidak bermaksud pengakhiran sesuatu perkara itu. Ini adalah disebabkan tanpa kegagalan, kita tidak akan tahu sama ada usaha kita akan berhasil atau tidak. Tanpa mengira berapa sering kita gagal atau jatuh, kita haruslah sentiasa bangkit setiap kali kita gagal. Semangat ini amatlah penting dalam membentuk seorang usahawan yang berjaya. Seseorang usahawan hendaklah sentiasa mengenal pasti sebab-sebab yang mengakibatkan kegagalan dan menggunakan pengalaman itu dalam keputusan dan meningkatkan peluang untuk mencapai kejayaan.

Encik Saiful bin Nang, salah seorang jurugambar yang terbaik di Asia dan beliau juga dilabelkan di antara 20 individu usahawan kreatif yang paling berjaya di Malaysia pada tahun 2010. Beliau juga merupakan pengasas kepada kumpulan jurugambar yang terbaik dalam negara, iaitu Candid Syndrome International Media House.


Beliau dilahirkan di sebuah keluarga yang miskin. Sejak kecil lagi, beliau terpaksa menggali pusat pelupusan sampah bagi mencari permainan terbuang untuk diguna semula. Pada umur 8 tahun, beliau pernah menjual lukisannya semata-mata untuk menyara belanja sekolahnya. Bagi beliau, segala kegagalan dan kesusahan tidak menakutkan. Sebaliknya, kegagalan merupakan guru kepada kejayaan. Beliau berpendapat bahawa setiap kegagalan itu sebenarnya memberi dua pilihan, sama ada berpatah balik dan keluar daripada perjuangan, ataupun kutip semula apa yang diusahakan dan menjadikannya sebagai bekalan dalam menghadapi masalah yang sama.
Usahawan yang berjaya juga harus mempunyai ciri visionary. Kebanyakan usahawan yang berjaya adalah tediri daripada golongan yang berwawasan atau boleh dikatakan mempunyai wawasan diri yang tinggi. Berwawasan boleh didefinisikan sebagai satu ciri di mana seseorang itu mempunyai pandangan atau visi yang jauh ke hadapan berbanding dengan orang lain.
            Wawasan yang tinggi mampu menjadikan seseorang itu berjaya pada masa hadapan. Wawasan yang dimiliki oleh seseorang membolehkan mereka mempunyai cita-cita dan minat dalam bidang tertentu dan seterusnya dapat mengembangkan dan memajukan lagi bidang yang diceburi oleh mereka pada masa yang akan datang. Tanpa wawasan yang tinggi, idea-idea tidak akan mampu terjana dan usahawan-usahawan akan masih berada di tahap yang sama. Ini menyebabkan tidak dapat melahirkan usahawan yang berjaya seperti tokoh-tokoh usahawan yang sedia ada pada masa kini.

            Seseorang yang berwawasan dilihat mampu berjaya pada masa hadapannya. Tan Sri Datuk Loh Boon Siew merupakan seorang usahawan yang mempunyai wawasan yang tinggi. Beliau dilihat sebagai seorang usahawan yang berwawasan tinggi dengan menubuhkan sebuah syarikat yang mampu membawa masuk motorsikal Honda ke Malaysia. Boon Siew Assembly Plan yang dimiliki oleh Boon Siew Sdn Bhd terletak di kawasan perindustrian Mak Mandi, Pulau Pinang. Dengan terbinanya kilang ini di Malaysia, motorsikal Honda dapat dipasang di Malaysia dan tidak lagi dipasang di Jepun. Hal ini dapat menjimatkan kos dan meningkatkan jualan. Sikap yang berwawasan tinggi membolehkan Tan Sri Loh Boon Siew terus cemerlang dalam dunia keusahawanan terutamanya dalam bidang permotoran. Tidak semua usahawan yang memiliki pandangan jauh seperti beliau dan sikap positif inilah yang mengalakkan beliau untuk terus maju dalam bidang ini.
Observant memainkan peranan yang penting bagi seseorang usahawan.  Untuk menjadi usahawan yang berjaya, mereka seharusnya mempunyai daya pemerhatian yang tajam. Daya pemerhatian yang tajam bermaksud seseorang itu mempunyai kepekaan yang tinggi terhadap persekitaran sekelilingnya dan mampu menganalisis situasi tersebut dengan baik.
            
        Seseorang yang tidak mempunyai daya pemerhatian yang tajam mungkin tidak mampu untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Hal ini kerana usahawan yang baik mampu memerhati keadaan sekeliling dengan baik dan mampu mengenal pasti permintaan pengguna pada ketika itu. Sekiranya seseorang mempunyai ciri ini di dalam diri mereka, idea yang baik mampu dicetuskan dan seterusnya melahirkan usahawan-usahawan yang mampu membuka mata-mata pengguna di Malaysia ataupun seluruh dunia.

            Kebanyakan usahawan yang berjaya sudah semestinya mempunyai ciri ini di dalam diri mereka. Salah satu contoh usahawan yang dilihat menepati ciri ini ialah Dato’ Haji Ramly Bin Mokni. Beliau merupakan seorang usahawan menjual daging burger yang berjaya di Malaysia. Beliau memulakan perniagaannya dengan menjual daging di pasar. Di sinilah Dato’ Haji Ramly berjaya menjadi seorang usahawan daging burger halal yang berjaya apabila dia menyedari bahawa permintaan daging burger sangat mengalakkan pada awal tahun 1970-an. Tambahan pula, kebanyakan makanan beku sejuk ketika itu tidak pasti berada dalam keadaan yang  halal. Hal ini telah mencetuskan idea beliau untuk menghasilkan daging burger dan sosej yang dilabel halal supaya dapat dimakan dengan selesa oleh umat Islam di negara ini. Beliau bukan sahaja terkenal dengan daging burger sahaja, malahan beliau mengembangkan lagi perniagaan Ramly dengan mempelbagaikan produk keluaran seperti nugget, kentang dan makanan-makanan beku yang lain. Daya pemerhatian yang tajam yang dimiliki oleh beliau telah menjadikan beliau seorang usahawan yang berjaya dan terkenal dengan jenama RAMLY. Beliau juga beberapa kali dianugerahkan sebagai Anugerah Usahawan Terbaik

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!