Saturday, 17 October 2015

Usahawan yang berjaya juga harus mempunyai ciri visionary. Kebanyakan usahawan yang berjaya adalah tediri daripada golongan yang berwawasan atau boleh dikatakan mempunyai wawasan diri yang tinggi. Berwawasan boleh didefinisikan sebagai satu ciri di mana seseorang itu mempunyai pandangan atau visi yang jauh ke hadapan berbanding dengan orang lain.
            Wawasan yang tinggi mampu menjadikan seseorang itu berjaya pada masa hadapan. Wawasan yang dimiliki oleh seseorang membolehkan mereka mempunyai cita-cita dan minat dalam bidang tertentu dan seterusnya dapat mengembangkan dan memajukan lagi bidang yang diceburi oleh mereka pada masa yang akan datang. Tanpa wawasan yang tinggi, idea-idea tidak akan mampu terjana dan usahawan-usahawan akan masih berada di tahap yang sama. Ini menyebabkan tidak dapat melahirkan usahawan yang berjaya seperti tokoh-tokoh usahawan yang sedia ada pada masa kini.

            Seseorang yang berwawasan dilihat mampu berjaya pada masa hadapannya. Tan Sri Datuk Loh Boon Siew merupakan seorang usahawan yang mempunyai wawasan yang tinggi. Beliau dilihat sebagai seorang usahawan yang berwawasan tinggi dengan menubuhkan sebuah syarikat yang mampu membawa masuk motorsikal Honda ke Malaysia. Boon Siew Assembly Plan yang dimiliki oleh Boon Siew Sdn Bhd terletak di kawasan perindustrian Mak Mandi, Pulau Pinang. Dengan terbinanya kilang ini di Malaysia, motorsikal Honda dapat dipasang di Malaysia dan tidak lagi dipasang di Jepun. Hal ini dapat menjimatkan kos dan meningkatkan jualan. Sikap yang berwawasan tinggi membolehkan Tan Sri Loh Boon Siew terus cemerlang dalam dunia keusahawanan terutamanya dalam bidang permotoran. Tidak semua usahawan yang memiliki pandangan jauh seperti beliau dan sikap positif inilah yang mengalakkan beliau untuk terus maju dalam bidang ini.

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!