Observant
memainkan peranan yang penting bagi seseorang usahawan. Untuk menjadi usahawan yang berjaya, mereka
seharusnya mempunyai daya pemerhatian yang tajam. Daya pemerhatian yang tajam
bermaksud seseorang itu mempunyai kepekaan yang tinggi terhadap persekitaran
sekelilingnya dan mampu menganalisis situasi tersebut dengan baik.
Seseorang
yang tidak mempunyai daya pemerhatian yang tajam mungkin tidak mampu untuk
menjadi seorang usahawan yang berjaya. Hal ini kerana usahawan yang baik mampu
memerhati keadaan sekeliling dengan baik dan mampu mengenal pasti permintaan
pengguna pada ketika itu. Sekiranya seseorang mempunyai ciri ini di dalam diri
mereka, idea yang baik mampu dicetuskan dan seterusnya melahirkan
usahawan-usahawan yang mampu membuka mata-mata pengguna di Malaysia ataupun
seluruh dunia.
Kebanyakan
usahawan yang berjaya sudah semestinya mempunyai ciri ini di dalam diri mereka.
Salah satu contoh usahawan yang dilihat menepati ciri ini ialah Dato’ Haji Ramly Bin Mokni. Beliau
merupakan seorang usahawan menjual daging burger yang berjaya di Malaysia.
Beliau memulakan perniagaannya dengan menjual daging di pasar. Di sinilah Dato’
Haji Ramly berjaya menjadi seorang usahawan daging burger halal yang berjaya
apabila dia menyedari bahawa permintaan daging burger sangat mengalakkan pada awal
tahun 1970-an. Tambahan pula, kebanyakan makanan beku sejuk ketika itu tidak
pasti berada dalam keadaan yang halal.
Hal ini telah mencetuskan idea beliau untuk menghasilkan daging burger dan
sosej yang dilabel halal supaya dapat dimakan dengan selesa oleh umat Islam di
negara ini. Beliau bukan sahaja terkenal dengan daging burger sahaja, malahan
beliau mengembangkan lagi perniagaan Ramly dengan mempelbagaikan produk
keluaran seperti nugget, kentang dan makanan-makanan beku yang lain. Daya
pemerhatian yang tajam yang dimiliki oleh beliau telah menjadikan beliau
seorang usahawan yang berjaya dan terkenal dengan jenama RAMLY. Beliau juga beberapa
kali dianugerahkan sebagai Anugerah Usahawan Terbaik
0 comments:
Post a Comment