Saturday, 17 October 2015

Usahawan yang berjaya juga harus memahami konsep failure is an option. Gagal sering diertikan sebagai sebuah kemenangan yang tertunda atau keinginan kita yang belum dicapai. Kegagalan tidak bermaksud pengakhiran sesuatu perkara itu. Ini adalah disebabkan tanpa kegagalan, kita tidak akan tahu sama ada usaha kita akan berhasil atau tidak. Tanpa mengira berapa sering kita gagal atau jatuh, kita haruslah sentiasa bangkit setiap kali kita gagal. Semangat ini amatlah penting dalam membentuk seorang usahawan yang berjaya. Seseorang usahawan hendaklah sentiasa mengenal pasti sebab-sebab yang mengakibatkan kegagalan dan menggunakan pengalaman itu dalam keputusan dan meningkatkan peluang untuk mencapai kejayaan.

Encik Saiful bin Nang, salah seorang jurugambar yang terbaik di Asia dan beliau juga dilabelkan di antara 20 individu usahawan kreatif yang paling berjaya di Malaysia pada tahun 2010. Beliau juga merupakan pengasas kepada kumpulan jurugambar yang terbaik dalam negara, iaitu Candid Syndrome International Media House.


Beliau dilahirkan di sebuah keluarga yang miskin. Sejak kecil lagi, beliau terpaksa menggali pusat pelupusan sampah bagi mencari permainan terbuang untuk diguna semula. Pada umur 8 tahun, beliau pernah menjual lukisannya semata-mata untuk menyara belanja sekolahnya. Bagi beliau, segala kegagalan dan kesusahan tidak menakutkan. Sebaliknya, kegagalan merupakan guru kepada kejayaan. Beliau berpendapat bahawa setiap kegagalan itu sebenarnya memberi dua pilihan, sama ada berpatah balik dan keluar daripada perjuangan, ataupun kutip semula apa yang diusahakan dan menjadikannya sebagai bekalan dalam menghadapi masalah yang sama.

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!