Open
culture adalah seseorang yang
sanggup untuk mempelajari sesuatu yang baru dan tidak mudah untuk berputus asa.
Seseorang yang mempunyai sikap ini dikatakan mempunyai kebolehan untuk membuat
ramalan jangka panjang dan sanggup menerima sebarang perubahan yang bakal wujud
dalam organisasi dan perniagaannya. Justeru, seseorang usahawan yang berjaya
hendaklah bersikap terbuka dan mampu menerima pujaan mahupun kritikan daripada
pihak ramai.
Datuk Mokhzani Mahathir, naib Pengerusi Eksekutif di Sapura Kencana, merupakan
seorang usahawan yang berjaya yang menjalankan perniagaan dalam bidang industri
gas dan petroleum. Bagi memastikan perniagaannya terus berjaya dan maju, beliau
telah mengamalkan sikap secara terbuka. Pelbagai jenis latihan yang disediakan
kepada pekerja yang baru dan lama dengan kerjasama daripada Institut Kemahiran
Belia Negara dan Institut Kemahiran Mara, dengan tujuan untuk memasttikan
kursus yang diberikan adalah sejajar dengan keperluan industri.
Selain
itu, beliau juga akan menghantar pekerja ke luar negara untuk mengikuti projek
di luar negara untuk memastikan kepakaran yang sedia ada ditambah baik dan
dikekalkan. Pekerja-pekerja yang terlibat ini akan belajar dan memahami budaya
kerja di sana dan membawa pulang segala yang telah dipelajari oleh mereka.
Melalui
kepakaran baru dan pengalaman yang didapati, mereka akan cuba untuk
mengaplikasikan di dalam negara untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti
produktiviti. Pemindahan teknologi yang berlaku membolehkan beliau berupaya
untuk mengurangkan kos pengeluaran di samping meningkatkan produktiviti.
0 comments:
Post a Comment