Outcome oriented merupakan salah satu ciri yang penting bagi seseorang
usahawan. Bagi menjayakan sesuatu tugasan ataupun kerjaya, matlamat dan wawasan
yang jelas hendaklah ditetapkan. Usahawan akan berusaha dengan sedaya upaya
untuk mencapai matlamat dan wawasan perniagaan tersebut bagi mencapai kejayaan.
Matlamat dan wawasan yang ditentukan memperlihatkan bahawa seseorang usahawan
itu mempunyai impian dan cita-cita tinggi yang ingin dicapai pada masa hadapan.
Penelitian dan kajian yang rapi diperlukan dalam menentukan matlamat dan
wawasan sesebuah perniagaan, sejajar dengan kemampuan yang dimiliki.
Sir Richard
Charles Nicholas Branson merupakan seorang usahawan yang outcome
oriented. Sir Richard Charles Nicholas Branson, atau dikenali Richard
Branson merupakan seorang peniaga Inggeris, yang dikenali ramai kerana telah
mendirikan 360 perusahaan di bawah Virgin Group. Pada umur 16 tahun, Branson
telah mendirikan perniagaannya yang pertama, iaitu mempublikasikan sebuah
majalah yang bernama Student.
Kemudiannya, beliau mendirikan sebuah perusahaan audio record mail-order pada
tahun 1970. Branson merupakan seseorang yang lemah dalam akademiknya, namun
atas usahanya yang tekal dan tidak berputus asa, beliau mengambil keputusan
untuk memulakan empayarnya dari sebuah perniagaan yang kecil.
Usahanya telah membolehkan beliau mendirikan Virgin Group
pada tahun 1980-an. Bidang perniagaan yang diceburi oleh Virgin Group meliputi
bidang multimedia, bidang perkhidmatan, bidang penerbangan dan lain-lain lagi.
Kini, beliau terletak di tempat ke-330 dalam senarai jutawan yang terkaya dalam
seluruh dunia pada tahun 2015.
0 comments:
Post a Comment