Saturday, 17 October 2015

Sikap yang proaktif sangat penting kepada seseorang usahawan. Usahawan yang proaktif akan membuat keputusan secara bijak dan pandai mengambil peluang untuk mengembangkan perniagaan mereka. Mereka tidak akan duduk di pejabat untuk menunggu peluang. Sebaliknya, mereka akan mengambil tindakan lebih awal berdasarkan jangkaan yang akan berlaku sehingga mencapai matlamat mereka. Mereka akan bertindak dengan sendiri tanpa disuruh atau dipaksa. Usahawan yang proaktif akan lebih kreatif. Mereka dapat menghasilkan barang dan perkhidmatan yang berkualiti dan dapat menarik minat para pelanggan.

        William Henry Gates III atau dikenali sebagai Bill Gates merupakan salah seorang usahawan yang proaktif. Bill Gates dilahirkan di Seattle, Washington. Beliau merupakan pengasas Microsoft Corporation. Bill Gates merupakan usahawan yang sangat berjaya. Beliau merupakan orang yang terkaya di dunia. Sikap Bill Gates yang proaktif membolehkan beliau mengambil tindakan awal dengan menubuhkan Microsoft Corporation yang mengeluarkan perisian untuk peralatan komputer seperti perisian Microsoft Windows dan Microsoft Office yang sangat diperlukan oleh orang ramai.

        Bill Gates mengetahui pasaran dunia semasa yang semakin bergantung kepada penggunaan teknologi komputer dan internet untuk menjalankan perniagaan dan tugas seharian. Beliau mengambil peluang ini untuk bertindak awal dengan menubuhkan Microsoft Corporation yang menjalankan perniagaan Perisian alatan komputer. Sikap proaktif yang dimiliki oleh Bill Gates telah berjaya memonopoli pasaran dunia dalam bidang perisian alatan komputer. Kini, setiap pengguna komputer akan menggunakan produk yang dikeluarkan oleh Microsoft Corporation untuk menjalankan tugas seharian. Beliau juga selalu aktif dalam memperbaiki produk yang dikeluarkan dari semasa ke semasa untuk memenuhi permintaan pelanggan. Sebagai contoh, beliau selalu mengeluarkan perisian yang terkini seperti Microsoft Windows 10 dan Microsoft Office 2016.

        Rahsia kejayaan Bill Gates adalah beliau pandai mencari peluang untuk mengembangkan perniagaannya. Beliau bijak menilai dan membuat jangkaan tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan supaya dapat mengambil peluang untuk bertindak lebih awal daripada orang lain.

1 comment:

  1. Artikel yang baik, Pernahkah anda mendengar tentang LFDS (Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian, E-mel: lfdsloans@outlook.com --WhatsApp Hubungi: +1-9893943740--lfdsloans@lemeridianfds.com) adalah sebagai perkhidmatan pendanaan Amerika Syarikat / UK yang mereka memberikan saya pinjaman $ 95,000.00 untuk melancarkan perniagaan saya dan saya telah membayarnya setiap tahun selama dua tahun sekarang dan saya masih mempunyai 2 tahun lagi walaupun saya senang bekerja dengan mereka kerana mereka adalah pemberi pinjaman Pinjaman tulen yang boleh memberi pinjaman kepada anda.

    ReplyDelete

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!