Tan Sri Lim Goh Tong merupakan usahawan yang ketiga
terkaya di Malaysia pada tahun 2007 dengan nilai bersih dianggarkan sebanyak
USD 4.2 bilion. Beliau merupakan pengasas Genting Group yang memberi banyak
sumbangan kepada pembangunan ekonomi negara dengan pembukaan pusat hiburan
Genting Highlands di negeri Pahang. Pada tahun 2003, Tan Sri Lim Goh Tong telah
mewarisi jawatan pengerusi Genting Group kepada anaknya iaitu Tan Sri Lim Kok
Thay.
Tan Sri
Lim Goh Tong dilahirkan pada tahun 1918 di An Xi, wilayah Fu Jian, China.
Bapanya bernama Lim Shi Quan dan ibunya pula bernama Gob Ban. Beliau merupakan
anak kelima dalam keluarganya. Beliau mempunyai seorang abang yang bernama Jing
Ya, tiga kakak yang bernama Lim Zhuang, Lim Bau dan Lim See, seorang adik
perempuan dan adik lelaki iaitu Lim Mei dan Jing Kun. Isterinya bernama Lee Kim
Hua.
Bapanya
telah meninggal dunia ketika beliau berusia 16 tahun. Oleh itu, beliau terpaksa
menamatkan pelajarannya di sekolah untuk mencari pekerjaan bagi meringankan
beban ahli keluarganya. Pada masa itu, keadaan China yang tidak aman telah
menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk berpindah ke Malaya untuk
meneruskan kehidupannya. Beliau meninggalkan China pada usia 19. Apabila sampai ke Malaya, beliau pernah
bekerja sebagai tukang kayu, petani sayur-sayuran dan peniaga kecil. Selepas
pendudukan Jepun, beliau mengambil peluang untuk menceburi dalam bidang
perniagaan menjual jentera terpakai kerana terdapat permintaan yang tinggi
terhadap jentera berat dalam sektor perlombongan dan perladangan. Beliau juga
berpeluang untuk mengambil bahagian dalam pelbagai bidang perniagaan sama ada
projek yang dijalankan oleh pihak kerajaan atau pihak swasta.
Usaha
yang gigih yang dimiliki oleh Tan Sri Lim Goh Tong telah membolehkan beliau
menjadi seorang usahawan yang berjaya. Pada tahun 1964, beliau telah berjaya
mendapat hak untuk membangunkan Genting Highlands Resort daripada Tunku Abdul
Rahman iaitu Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Pada tahun 1971, beliau
telah berjaya membina sebuah hotel yang pertama di Genting Highlands Resort
iaitu Highlands Hotel (sekarang dikenali sebagai Hotel Theme Park). Selepas
itu, beliau telah mengembangkan Genting Highlands Resort dengan mengandungi 5
hotel (Genting Hotel, Highlands Hotel, Resort Hotel, Theme Park Hotel dan First
World Hotel), Taman Tema Genting Highlands (Indoor & Outdoor Theme Park),
pusat beli-belah (First World Plaza) dan pusat konsert (Arena of Stars). Ini
menunjukkan beliau telah berjaya menubuhkan sebuah pusat hiburan yang terkenal
di dunia yang terletak di puncak gunung setinggi 2000 meter di atas paras laut.
First World Hotel yang mempunyai sebanyak 6,118 buah bilik merupakan hotel yang
terbesar di dunia.
Di
samping itu, beliau juga berjaya mengembangkan perniagaannya kepada pelbagai
bidang sama ada di dalam atau luar negara seperti bidang perladangan (Genting
Plantations Berhad), perniagaan minyak dan gas (Genting Oil & Gas),
perdagangan elektronik, bidang
pelancongan seperti kapal Star Cruises dan sebagainya. Kejayaan beliau
telah menjadi teladan yang baik kepada orang ramai kerana beliau merupakan
seorang usahawan yang tidak mahir dalam bahasa Inggeris, tetapi usaha gigih
yang dimiliki oleh Tan Sri Lim Goh Tong telah membolehkan beliau menjadi
seorang usahawan yang berjaya. Tan Sri Lim Goh Tong meninggal dunia pada tahun
23 Oktober 2007 dengan berusia 89 tahun. Anaknya iaitu Tan Sri Lim Kok Thay
telah mengambil alih perniagaanya dengan memegang jawatan pengerusi Genting
Group.
Ciri-ciri usahawan yang dimiliki oleh Tan Sri Lim Goh
Tong :
1)
Open risk taker
Tan Sri Lim Goh Tong
merupakan seorang usahawan yang open risk taker. Beliau berani
mengambil risiko secara terbuka. Projek Genting Highlands Resort dianggap
sebagai projek yang tidak akan berjaya dilaksanakan pada ketika dahulu kerana
orang ramai menganggap projek ini terletak di kawasan puncak gunung dan
terpaksa menanggung risiko yang tinggi sama ada risiko dari segi kewangan atau
keselamatan. Walau bagimanapun, Tan Sri Lim Goh Tong berani untuk mengambil dan
menilai risiko tersebut. Dari segi kewangan, beliau telah mengambil risiko
dengan melaburkan segala sumber kewangan yang sedia ada untuk menjayakan projek
yang dianggap tidak waras ini dan hampir mengalami muflis. Beliau mengalami 7
tahun tanpa pendapatan sepanjang projek Genting Highlands Resort dijalankan.
Dari segi keselamatan, Tan Sri Lim Goh Tong nyaris hilang nyawa berkali-kali
sepanjang projek ini dilaksanakan. Sebagai contoh, brek kereta hilang fungsi
dan menyebabkan keretanya hampir terbabas ke dalam gaung. Beliau juga pernah
ditimpa pokok dan menyebabkan kepala beliau berdarah-darah. Risiko yang
dihadapi oleh Tan Sri Lim Goh Tong akhirnya membolehkan beliau menjadi seorang
usahawan yang berjaya dengan kemunculan sebuah pusat pelancongan yang bertaraf
dunia iaitu Genting Highlands Resort yang dapat menarik minat
pelancong-pelancong asing terutamanya pelancong dari China, Thailand dan
Indonesia.
2) Visionary
Tan Sri Lim Goh Tong
merupakan seorang usahawan yang visionary. Beliau mempunyai visi
untuk memajukan sektor pelancongan di negara ini. Beliau mempunyai visi dan
hala tuju yang ingin dicapai iaitu membina sebuah kawasan pelancongan yang jauh
dari bandar dan terletak di kawasan yang nyaman dan selesa. Beliau mempunyai
visi yang terancang dengan memilih kawasan puncak gunung sebagai kawasan
pembinaan Genting Highlands Resort kerana beliau mengetahui udara yang nyaman
dan selesa di puncak gunung pasti dapat menarik minat pelancong-pelancong untuk
mengunjungi ke kawasan pelancongannya. Oleh itu, visi yang dimiliki oleh Tan
Sri Lim Goh Tong membolehkan beliau mempunyai hala tuju dengan bekerja keras
untuk mencapai matlamat beliau iaitu membina sebuah pusat pelancongan yang
bertaraf dunia. Akhirnya, Tan Sri Lim Goh Tong telah berjaya mencapai objektif
dan matlamatnya sehingga menjadi seorang usahawan yang berjaya dan dikagumi
oleh para peniaga.
3) Team oriented
Tan Sri
Lim Goh Tong juga mempunyai ciri team oriented. Beliau membuat kerja
scara berkumpulan bersama dengan pekerja-pekerjanya tanpa mengira pangkat.
Beliau bertindak sebagai pengurus projek Genting Highlands Resort, jurutera,
buruh dan pengawal kewangan. Tan Sri Lim Goh Tong akan sentiasa mendengar
pandangan pekerja-pekerjanya untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi
secara bersama-sama. Sebagai contoh, beliau akan bersama dengan pasukannya
merentas hutan rimba dan mendaki gunung untuk sampai ke puncak gunung bagi
tujuan membuat penilaian keadaan semasa dan bukannya duduk di pejabat dan
memberi arahan kepada pekerjanya sahaja. Beliau sanggup tinggal dalam hutan
bersama dengan pasukanya bagi menyiapkan projek Genting Highlands Resort.
Beliau akan menganggap pasukannya sebagai aset yang berharga dan selalu
prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh pekerja-pekerjanya. Ini
membolehkan pekerja-pekerjanya sanggup bekerja keras bersama beliau untuk
mencapai cita-citanya.
4) Failure is an option
Tan Sri Lim Goh Tong
selalu memegang prinsip failure is an option. Beliau pernah
menghadapi berkali-kali kegagalan dalam kehidupannya. Bagi Tan Sri Lim Goh
Tong, kegagalan bukannya satu masalah yang serius, sebaliknya beliau akan
menjadikan kegagalan tersebut sebagai iktibar dan pengalaman. Beliau akan cuba
sedaya upaya untuk memperbaiki kelemahan yang sedia ada supaya tidak mengulangi
kesilapan yang sama. Tan Sri Lim Goh Tong menyatakan bahawa kegagalan bukannya
satu masalah yang besar, sebaliknya masalah yang paling besar ialah seseorang
yang tidak mempunyai ketabahan untuk
bangkit semula dari kegagalan atau kesilapan yang dibuat. Sebagai
contoh, Tan Sri Lim Goh Tong telah mengalami berkali-kali kegagalan semasa
menjalankan projek Genting Highlands Resort. Beliau menghadapi masalah untuk
mengangkat bahan binaan ke puncak gunung untuk tujuan pembinaan hotel. Beliau
juga mengadapi kesusahan untuk membuka jalan yang berhubung ke puncak gunung.
Walau bagaimanapun, beliau tidak berputus asa dan sentiasa belajar dari
kegagalan. Akhirnya, beliau berjaya membina jalan yang berhubung ke puncak
gunung dalam tempoh yang dianggap tidak logik iaitu hanya menggunakan masa
selama 6 tahun sahaja untuk membina jalan tersebut. Angka ini jauh beza dengan
anggaran Jabatan Kerja Raya (JKR) yang menganggap perlu masa 15 tahun untuk
membina jalan tersebut. Ini membuktikan bahawa Tan Sri Lim Goh Tong adalah
seorang usahawan yang berani untuk menerima kagagalan. Beliau akan sentiasa
belajar dari kesilapan sehinggalah menbolehkan beliau menjadi salah seorang
usahawan yang terkaya di Malaysia dan juga terkaya di antara negara Asia.
5) Networked
Tan Sri Lim Goh Tong
merupakan seorang usahawan yang networked. Beliau mempunyai
rangkaian perniagaan yang luas. Amalan merendah diri dan sikap yang jujur
membolehkan Tan Sri Lim Goh Tong mempunyai banyak sahabat peniaga yang sentiasa
memberi sokongan kepadanya. Sebelum penubuhan Genting Highlands Resort, beliau
pernah menceburi diri dalam pelbagai bidang pernigaan seperti penubuhan
syarikat Kien Huat Sdn Bhd yang bertaraf kontraktor kelas A. Tan Sri Lim Goh
Tong pernah melaksanakan projek pembinaan Empangan Ayer Itam di Pulau Pinang
dan Projek Perairan Kemubu di Kelantan. Sikap Tan Sri Lim Goh Tong yang bekerja
mula dari bawah (seorang tukang kayu) sampai ke peringkat atas (pemilik
syarikat Kien Huat Sdn Bhd) telah membolehkan beliau berkenal dengan banyak
sahabat dan usahawan. Sebagai contoh, ketika projek pembinaan Empangan Ayer
Itam dijalankan, beliau telah bersahabat baik dengan Tan Sri Dato Loh Boon Siew
iaitu seorang usahawan yang berjaya kerana merupakan orang yang pertama membawa
masuk motorsikal berjenama Honda ke Malaysia. Tan Sri Lim Goh Tong yang
mempunyai banyak kenalan membolehkan beliau mendapat hak pembinaan Genting
Highlands Resort dari Tunku Abdul Rahman. Rangkaian perniagaan dan sahabat yang
luas membolehkan beliau mengembangkan perniagaannya ke seluruh dunia dan
bukannya hanya berniaga dalam negara Malaysia sahaja.
0 comments:
Post a Comment